Kelas Pengenalan Modul Asas dalam Perisian Microsoft Office
26 Januari 2017 | Aktiviti Terkini
Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili telah mengadakan Kelas Asas Lima Modul Utama dalam Perisian Microsoft Office 2013 bermula pada 9 Januari 2017 sehingga 25 Januari 2017. Kelas tersebut melibatkan dua orang peserta yang terdiri daripada pelajar Lepasan SPM dan Lepasaan STPM. Kelas diadakan pada Jam 0900 am sehingga 1200 tengah hari.
Para peserta didedahkan tentang fungsi, kelebihan dan cara penggunaan 4 modul asas dalam perisian Microsoft Office 2013 iaitu Ms Words, Ms Excel, Ms Power Point dan Ms Power Point. Dalam setiap modul, para peserta akan menyiapkan tugas yang diberikan supaya lebih mahir menggunakan setiap fungsi dalam Perisian Ms Office versi 2013.
Selepas mengikuti kelas ini, para peserta akan semakin mahir menggunakan kepelbagaian fungsi dalam Perisian Ms Office. Secara tidak langsung, kemahiran ini dapat djadikan sebagai panduan dalam pelajaran mahupun pekerjaan mereka di masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: