Fire Drill PI Zon Lubok Antu Dan Spaoh
10 Mac 2018 | Aktiviti Terkini
Program Fire Drill bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sri Aman telah diadakan di PI Lubok Antu pada 9 Mac 2018 yang lalu. Program ini adalah kerjasama PI Engkilili, PI Spaoh dan PI Lubok Antu. Program Fire Drill ini dihadiri oleh 84 orang perserta yang terdiri daripada anggota RELA, Guru serta Pembantu Tadika/Tabika KEMAS dan juga penduduk rumah panjang yang berdekatan. Sebelum Ceramah kebakaran bermula, Staff PI telah memberikan ceramah Adokasi dan Klik Dengan Bijak kepada peserta yang hadir.
Ceramah Kebakaran dalam program Fire drill ini dikendalikan oleh PBK II Jilin Anak Itar, Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman. Selepas memberikan Ceramah Kebakaran, PBK II Jilin Anak Itar berserta 2 orang anggota bomba telah membuat demonstrasi kebakaran supaya peserta yang hadir tahu bagaimana cara menangani kes kebakaran sekiranya berlaku kebakaran di tempat kerja atau di rumah.
Selepas demonstarsi kebakaran diadakan, pihak PI memberikan cenderamata kepada Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman. Kemudian, Staff PI dan peserta mengambil gambar kenangan bersama Pegawai dan anggota bomba , Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman. Program Fire drill ini berlangsung pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: