Kelas Microsoft Office Excel
10 Disember 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 9 Disember 2018 yang lalu, PI Engkilili telah menjemput pengguna di Pusat Internet untuk mempelajari Microsoft Office Excel. Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberikan tunjuk ajar kepada peserta yang baru pertama kali menggunakan Microsoft Office Excel.
Dalam kelas ini, peserta diajar bagaimana membuat jadual belanjawan bulanan dan memasukkan formula bagi memudahkan pengiraan. Peserta juga diajar bagaimana menambahkan carta bar ke dalam Excel. Di akhir kelas, peserta berjaya menghasilkan jadual belanjawan bulanan dan memasukkan carta bar. Peserta juga ditayangkan dengan video Klik Dengan Bijak sebagai aktiviti sampingan. Kelas Microsoft Office Excel ini berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: