Kelas Grafik CV Power Point
12 Mei 2018 | Aktiviti Terkini
Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili telah mengadakan kelas Grafic CV menggunakan Power Point pada 11 Mei 2018. Dua orang pelajar lepasan SPM telah menyertai kelas ini.Kelas ini diadakan untuk mengajar peserta menghasilkan Grafik CV yang menarik menggunakan Microsoft Office Power Point 2013. Pengisian pertama dalam kelas ini ialah Pengenalan kepada Microsoft Office Power Point.
Kemudian peserta diajar menghasilkan grafik CV menggunakan teknik dan kemahiran yang ada pada aplikasi Power Point. Peserta juga diajar menggunakan “Keyboard shortcut” untuk memudahkan kerja menghasilkan grafik CV. Peserta kemudian diajar bagaimana menyimpan grafik CV ke dalam bentuk video.
Kelas ini berlangsung selama 3 jam iaitu yang bermula pada pukul 9.00 pagi ini berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: