Bengkel Kemahiran Literasi Maklumat September
5 September 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 4 September 2018, Pusat Internet Engkilili dengan kerjasama Perpustakaan Awam Majlis Daerah Lubok Antu, Engkilili telah mengadakan Bengkel Kemahiran Literasi Maklumat untuk komuniti sekitar Engkilili. Seramai 11 orang komuniti mengikuti bengkel ini.
Pada awal bengkel, peserta diberi penerangan tentang pengenalan kepada emel. Peserta kemudian diajar membuat akaun emel menggunakan Gmail. Setelah itu, peserta didedahkan dengan Protal Produk Sarawak dimana Protal ini membantu komuniti di Sarawak menjadi usahawan online dan menjual produk mereka secara online. Peserta diterangkan tentang cara mendaftar ke dalam Protal produk Sarawak. Di akhir bengkel, peserta menonton tayangan video berkenaan Mobile E-waste dan Check Your Label. Pengurus Pusat Internet Engkilili kemudian memberi penerangan tentang Mobile E-waste dan Check Your Label berdasarkan video tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: