Kelas Keusahawanan Membuat Taufufa Halal
6 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 5 Oktober 2019, Pusat Internet Engkilili dan Akademi Alya Resources yang diwakili oleh Cikgu Kamiza Hj Madeli telah mengadakan Kelas Keusahawanan Membuat Taufufa Halal. Kelas ini dihadiri 14 orang peserta yang terdiri daripada suri rumah, belia dan wanita yang bekerja. Dalam kelas ini, peserta diajar bagaimana cara membuat Taufufa mengikut urutan yang betul bagi memastikan peserta menghasilkan Taufufa yang sempurna.
Kemudian peserta diajar cara menjual dan mempromosikan Taufufa melalui media sosial. Di akhir kelas, peserta juga turut diajar membuat aiskrim magnum viral bagi menambah barang jualan. Kelas ini berlangsung selama 6 jam iaitu bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: