BENGKEL SABUN KECANTIKAN DAN WEBSITE SARAWAK PRODUK
19 Mei 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 18 Mei 2019 yang lalu, Pusat Internet Engkilili dengan SL Beauty telah mengadakan Kelas keushawanan dan bengkel membuat sabun. Kelas dan bengkel ini telah dihadiri seramai 4 orang suri rumah.
Dalam kelas ini, peserta telah diperkenalkan dengan Website Sarawak Produk. Peserta juga turut diajar tentang cara untuk membuat akaun untuk menjual produk melalui Protal Sarawak Produk. Kemudian peserta diajar membuat sabun kecantikan oleh SL Beauty. Kelas ini berlangsung selama 4 jam iaitu bermula pada pukul 1.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: