Kelas Asas Mereka Banner
19 Januari 2020 | Aktiviti Terkini
Pada 18 Januari 2020, Pusat Internet Malaysia Engkilili telah mengadakan Kelas Asas Mereka Banner bersama pelajar sekolah SMK Engkilili. Kelas ini diadakan di bilik latihan PIM Engkilili dan telah dihadri seramai 6 orang pelajar. Pada awal kelas, peserta diajar mengenai asas Microsoft Office Power Point.
Peserta diajar tentang menyunting gambar dan tulisan di dalam Power Point bagi menghasilkan rekaan Banner yang mudah dan menarik. Peserta kemudian diminta menghasilkan Banner mengikut tema bebas untuk mengasah kreativiti masing-masing. Kelas ini diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: