Kelas Pembangunan Blog Dan Penyelenggaraan Komputer
22 September 2021 | Aktiviti Terkini
Pada 21 September 2021, Pusat Internet Komuniti Engkilili telah mengadakan kelas bersama belia di Engkilili. Kelas ini diadakan di Bilik latihan PIK Engkilili dengan dihadiri seramai 3 orang belia.
Pada kelas ini peserta diberi pengetahuan tentang penyelenggaraan komputer. Kemudian peserta diajar tentang pengenalan kepada blog. Peserta juga diminta membangunkan blog mengikut cita rasa masing-masing. Kelas ini diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: