Urusan Temu Duga Di PIK Engkilili
13 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 12 November 2021, seorang pengguna telah menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet Komuniti Engkilili untuk menjalani proses temu duga bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara one-off. Proses temu duga ini diadakan secara dalam talian iaitu menggunakan aplikasi Webex. Staff di Pusat Internet Komuniti Engkilili telah membantu dalam menyediakan tempat yang selesa, serta cara menggunakan aplikasi Webex kepada pengguna.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: