Cara Membuat Temu Janji Pejabat Pos Engkilili
18 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada 17 Ogos 2021, Pengurus Pusat Internet Komuniti Engkilili telah mengadakan Live Streaming menggunakan aplikasi Streamyard. Live Streaming ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada pengguna Facebook tentang cara membuat temu janji di Pejabat Pos mengenai urusan JPJ melalui website Pos Malaysia. Kemudian Live Streaming bersambung dengan perkongsian Klik Dengan Bijak yang bertajuk Kawal Selia Kendiri. Penyampaian mengenai Kawal Selia Kendiri ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna Facebook supaya bijak ketika menggunakan laman sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: