Pelajar IPTA Menggunakan Wifi Di PIK Engkilili
9 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 8 Mac 2021, seramai 5 orang pelajar iaitu seorang dari UITM dan 4 orang dari POLIKU telah menggunakan perkhidmatan wifi di Pusat Internet Komuniti Engkilili. Para pelajar ini telah membuat temu janji terlebih dahulu melalui Google form yang telah disediakan oleh PIK Engkilili. Para pelajar ini datang ke PIK Engkilili bertujuan untuk menjalani kelas secara dalam talian. Para pelajar ini telah menggunakan perkhidmatan wifi selama 3 jam iaitu bermula dari pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: