Menggunakan Perkhidmatan Internet Di PEDi Engkilili
15 Julai 2022 | Aktiviti Terkini
Pada 14 Julai 2022 iaitu pada hari Khamis, tiga orang pengguna telah menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Ekonomi Digital (PEDi Engkilili). Mereka telah menggunakan perkhidmatan di PEDi Engkilili untuk membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh di laman web Pekebun Kecil RISDA. Selain itu, mereka turut menggunakan perkhidmatan pengimbas/scan untuk mengimbas dokumen yang akan dimuatnaik dalam permohonan tersebut. Ini merupakan satu contoh yang baik kerana mereka telah menggunakan sepenuhnya kemudahan yang telah disediakan di PEDi Engkilili.
Mereka telah menggunakan perkhidmatan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Engkilili selama 1 jam iaitu dari pukul 10.40 pagi sehingga pukul 11.40 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: