Kelas Microsoft Excel Bersama Ahli PEDi
2 Julai 2022 | Aktiviti Terkini
Pada 01 Julai 2022, PEDi Engkilili telah mengadakan kelas Microsoft Excel bersama pengunjung yang merupakan ahli aktif PEDi. Kelas ini diadakan di bilik latihan PEDi Engkilili dan dihadiri oleh dua orang ahli PEDi.
Pengisian kelas ini adalah ahli PEDi belajar bagaimana cara menggunakan Microsoft Excel seperti cara menggunakan fungsi ‘Autosum’. Dalam kelas Microsoft Excel ini, peserta diajar membuat pengiraan dengan mudah. Kelas ini berlangsung selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: