Kelas Membuat Jadual Belajar
29 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPada 28 Disember 2022, PEDi Engkilili telah mengadakan Kelas Membuat Jadual Belajar menggunakan aplikasi Canva. Kelas ini dihadiri seorang peserta iaitu ahli aktif PEDi Engkilili yang merupakan seorang pelajar sekolah rendah di sebuah sekolah di Engkilili. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang aplikasi Canva dan cara menggunakannya.
Pada kelas kali ini, peserta diminta mereka jadual belajar beliau sendiri mengikut kreativiti dan kesesuaian. Selain itu, sebelum kelas ini bermula, peserta diajak menonton video tentang bahaya bermain game keterlaluan. Penayangan video ini berupaya mendidik dan mengingatkan peserta agar tidak terlalu bermain game sehingga memudaratkan kesihatan. Kelas ini berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula pada pukul 10 pagi dan tamat pada pukul 11.30 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: