Kuiz ICT Sekolah Rendah
28 November 2022 | Aktiviti TerkiniPada 27 November 2022 iaitu pada hari Ahad, seorang ahli aktif PEDi yang merupakan seorang pelajar disebuah sekolah rendah di Engkilili telah menduduki kuiz ICT sekolah rendah di PEDi Engkilili. Beliau mengambil masa satu jam untuk melengkapkan kuiz secara dalam talian ini. Ini merupakan satu contoh yang baik kerana beliau telah berusaha untuk menyiapkan kesemua soalan di dalam kuiz tersebut. Disamping itu juga, beliau juga telah diajar tentang bagaimana cara untuk mendapatkan info ataupun maklumat dari internet. Ini kerana, dalam kuiz tersebut, ada soalan yang bertanya mengenai apakah nama barang yang ditunjukkan di dalam gambar.
Beliau menggunakan perkhidmatan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Engkilili selama 1 jam iaitu dari pukul 2.30 petang sehingga pukul 3.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: