Kelas Asas Canva Dan Shopee
5 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPada 4 Disember 2022, PEDi Engkilili telah mengadakan Kelas asas Canva dan asas Shopee bersama 3 orang perserta yang merupakan ahli PEDi Engkilili. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan menggunakan Canva kepada peserta. Disamping itu, kelas ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang aplikasi e-Dagang Shopee.
Perisian dalam kelas ini ialah membuat logo produk atau perniagaan menggunakan Canva. Logo ini akan dimuat naik kedalam kedai Shopee para peserta. Peserta juga diajar cara mendaftar sebagai penjual di Shopee. Kelas ini diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: