Kelas Dalam Talian Melalui Facebook
27 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPEDi Engkilili telah mengadakan kelas secara dalam talian melalui Facebook Page. Kelas ini diadakan pada 26 Jun 2022, iaitu hari Ahad. Kelas kali ini menunjukkan cara membuat kad jemputan menggunakan Microsoft Office Word. Kelas ini diadakan menggunakan aplikasi Microsoft Office Word. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran asas menggunakan Microsoft Office Word kepada pengikut Facebook Page PEDi Engkilili. PEDi Engkilili juga menyediakan satu Google Form bagi mengumpul jumlah peserta yang mengikuti secara dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: