Live Streaming Bertajuk Pentingnya Kawal Selia Kendiri Dalam Melayari Internet
10 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 09 April 2022, Pengurus PEDi Engkilili telah mengadakan Live Streaming melalui Facebook Page PEDi Engkilili. Live Streaming ini bertujuan untuk mengingatkan pengguna internet bahawa pentingnya kawal selia diri semasa melayari internet. Disamping itu juga, Live Streaming ini juga mengingatkan pengguna internet tentang bahaya 'overshare'. PEDI Engkilili telah menyediakan Google Form untuk mengumpul jumlah peserta. Live Streaming ini diadakan selama 30 minit iaitu bermula pada pukul 0905 pagi dan berakhir pada pukul 0935 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: