Program Bersama Komuniti : Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili 2016
11 April 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 10 April 2016 (Ahad) yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili telah mengadakan Program Hari Terbuka PI Engkilili. Program tersebut berlangsung di Bilik Latihan PI Engkilili dan perkarangan PI Engkilili sendiri. Program Hari Terbuka berlangsung 0800 pagi sehingga 0500 petang. Seramai 360 orang pengujung termasuk para peserta pertandingan berdaftar semasa Program Hari Terbuka PI Engkilili berlangsung.
Program Hari Terbuka PI Engkilili telah dirasmikan oleh Cr. Nyambong Anak Maweng selaku Setiausaha Politik Yang Berhormat Dr. Johnical Rayong Anak Ngipa, ADUN N. 33 Engkilili. Selain itu, Majlis Perasmian Program Hari Terbuka PI Engkilili turut dihadiri oleh Penghulu Kawasan Engkilili iaitu Encik Micheal Derin Anak Empaga, Kapitan Engkilili Encik Lim Siat Ming serta Ketua-Ketua Masyarakat di sekitar Engkilili.
Pelbagai jenis aktiviti dan pertandingan dijalankan sepanjang Program tersebut berlangsung yang melibatkan komuniti. Antaranya ialah Pertandingan Mencipta Kad Jemputan Digital, Pertandingan Mencipta Poster Klik Dengan Bijak Digital, Taklimat 15 Seconds KDB Funniest, Kuiz Klik Dengan Bijak, Pertandingan Puzzle KDB Online, Explorace Klik Dengan Bijak, Sukaneka Mesra Rakyat, Pertandingan Gubahan Bunga Kreatif, Pertandingan Boling Kelapa, Pertandingan Dart, Pertandingan Zumba Sporting serta Cabutan Komuniti Bertuah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: