Taklimat Advokasi E-Waste, Check Your Label ( CYL ) dan Klik Dengan Bijak bersama pelajar Sekolah Menenggah Kebangsaan Engkilili.
29 Julai 2016 | Aktiviti Terkini
Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili telah mengadakan Taklimat Advokasi E-Waste, Check Your Label (CYL) dan Klik Dengan Bijak (KDB) bersama pelajar Sekolah Menenggah Kebangsaan Engkilili pada 28 Julai 2016 bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili dari Jam 0200 petang sehingga 0330 petang. Seramai 10 orang para peserta yang terlibat yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6.
Dalam taklimat ini, para peserta di dedahkan tentang langkah pelupusan alatan elektronik yang betul dan selamat kepada alam sekitar, cara-cara mengenalpasti alat elektronik seperti telefon mudah alih yang sah dan selamat digunakan serta keselamatan menggunakan internet.
Melalui program seperti ini, ia dapat membantu dalam memberikan pendedahkan kepada komuniti terutamanya golongan muda tentang kitar semula barangan elektronik, hak sebagai pengguna serta sikat yang harus di terapkan semasa menggunakan kemudahan internet. Ia secara langsung dapat melahirkan golongan muda yang berfikiran posotif dan bijak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: