Kelas Membuat Kad Jemputan
11 April 2018 | Aktiviti Terkini
PI Engkilili telah mengadakan kelas membuat kad jemputan menggunakan Microsoft Office Word pada 10 April 2018. Peserta yang hadir terdiri daripada pelajar lepasan SPM.
Dalam kelas ini, para peserta diajar supaya lebih kreatif dalam menggunakan Microsoft Office Word 2013. Melalui tunjuk ajar yang diberi oleh Pengurus PI, para peserta berjaya menghasilkan kad jemputan yang menarik. Kemahiran ini boleh digunakan oleh peserta dalam kehidupan seharian seperti membuat perniagaan kad jemputan murah bagi mereka yang ingin membuat penjimataan dalam membuat majlis. Di samping itu juga, para peserta itu sendiri dapat membuat kad jemputan untuk apa-apa majlis yang melibatkan mereka.
Kelas membuat kad ini berlangsung selama 3 jam yang berakhir pada pkl 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: