Kisah Kejayaan
Rosita Diana Anak Jamari merupakan seorang pelajar Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili. Rosita sering mengunjungi Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili untuk mencari maklumat bagi menyiapkan tugasan sekolah bersama rakan-rakannya.
Rosita mula menjadi ahli PI pada tahun 2014 yang pada mulanya kurang mahir dan masih ragu-ragu menggunakan komputer. Kesukaran capaian internet di kampung Rosita juga menjadi kekangan kepadanya untuk mencari maklumat tugasan sekolah, memohon peluang pekerjaan dan sebagainya. Dengan adanya PI ini yang menyediakan kemudahan capaian internet yang laju dapat memudahkan Rosita untuk mencari pelbagai maklumat di internet untuk menyiapkan tugasan sekolahnya di samping menambahkan ilmu pengetahuannya dalam pelbagai isu.
Rosita akan mengikuti Kelas ICT yang diadakan di sebelah pagi pada tiap hujung minggu dan mempelajari perisian asas dalam komputer seperti Microsoft Office Words, Microsoft Office Excel, Microsoft Office Power Point, Microsoft Office Publisher, Perisian Movie Maker dan sebagainya. Selepas mengikuti Kelas ICT ini, Rosita semakin mahir menggunakan perisian Microsoft Office versi 2013 serta mampu menghasilkan tugasan-tugasan sekolahnya dengan lebih baik, padat dengan maklumat yang terkini.