Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Wong Ajong, Marup
Terletak lebih kurang 35 minit perjalanan menggunakan kereta dari Pekan Engkilili. Yuran kemasukkan ke kawasan Wong Ajong ialah sebanyak RM 1.00 ( Dewasa) dan RM0.50 (Kanak-kanak). Terdapat kemudahan seperti tandas, bilik persalinan, pondok bermalam, meja dan kerusi untuk aktiviti berbeku. Untuk sampai ke Wong Ajong dari pintu masuk, pengunjung hanya boleh menggunakan kenderaan seperti motosikal, basikal atau berjalan kaki sahaja. Perjalanan akan mengambil masa kira-kira 25 minit berjalan kaki untuk sampai ke Wong Ajong
Batu Nabau, Bukong
Kewujudan Batu Nabau masih misteri dan ceritanya terdapat dalam pelbagai versi. Dikatakan bahawa Batu Nabau ini merupakan seekor ular yang sangar besar dan panjang yang digelar Nabau yang kemudiannya bertukar menjadi batu. Telur-telur ular Nabau ini juga turut menjadi batu.
Dataran Engkilili
Dataran Engkilili projek landskap di bawah Majlis Daerah Lubok Antu di mana Dataran Engkilili merupakan sebuah kawasan yang luas dimana pelbagai aktiviti rekreasi dapat dilaksanakan.Dataran ini siap pada tahun 2015 dan aktiviti pertama yang dilaksanakan di kawasan tersebut ialah Pesta Engkilili yang diadalah pada 02 Oktober sehingga 04 Oktober 2015.
Taman Rekreasi Engkilili
Taman Rekreasi Engkilili ini adalah dibawah penyelengaraan pihak Majlis Daerah Lubok Antu. Terdapat pelabagi kemudahan seperti peralatan permainan, pondok-pondok, kerusi-kerusi, landskap lembut dan sebagainya di sediakan di taman tersebut untuk memberikan keselesaan kepada komuniti sekitar.