Kelas Microsoft Office Excel
21 Februari 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 20 Februari 2018, PI Engkilili telah mengadakan Kelas Microsoft Office Excel 2013. Seramai 9 orang pelajar lepasan SPM yang hadir ke kelas ini.
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberikan tunjuk ajar kepada peserta yang baru pertama kali menggunakan Microsoft Office Excel. Dalam kelas ini, peserta diajar bagaimana membuat jadual belanjawan bulanan dan memasukkan formula bagi memudahkan pengiraan. Peserta juga diajar bagaimana menambahkan carta bar ke dalam Excel. Di akhir kels, peserta berjaya menghasilkan jadual belanjawan bulanan dan memasukkan carta bar.
Kelas Microsoft Office Excel ini berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: