Kelas Kemahiran Teori, Praktikal Dan Kelas Membuat Roti
23 Mac 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 22 Mac 2018 yang lalu, PI Engkilili telah mengadakan kelas keusahawanan iaitu Kelas Kemahiran Teori, Praktikal dan Kelas membuat roti. Kelas ini dihadiri oleh 8 orang suri rumah dan seorang pelajar sekolah. Kelas ini dikendalikan oleh Cikgu Kamiza Bt Haji Madelu yang bertujuan untuk memberi idea perniagaan bakeri kepada kaum wanita di sekitar Engkilili.
Dalam kelas ini, Cikgu Kamiza telah mengajar peserta bagaimana membuat sukatan yang betul untuk membuat roti atau pau. Peserta juga turut diberi tunjuk ajar membuat reka bentuk pau dan roti. Beliau juga turut mengajar bagaimana meletakan harga roti dan pau yang ingin dijual. Kelas yang bermula pada pukul 10.00 pagi ini berakhir pada pukul 3.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: