Kelas Pembangunan Blog
16 Mei 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 15 Mei 2018 yang lalu, PI Engkilili telah mengadakan Kelas pembangunan blog kepada pelajar lepasan SPM. Kelas ini dihadiri 2 orang peserta.
Kelas ini diadakan bagi menyambung kelas yang terdahulu. Dalam kelas pembangunan blog kali ini, peserta diajar menukar cursor dan memasukkan animasi ke dalam blog. Peserta juga diajar memasukkan lagu dan bunyi ke dalam blog masing-masing. Kemudian peserta diminta memuat naik satu artikel baru ke dalam blog masing-masing sebagai latihan dan bagi memahirkan peserta.
Kelas ini berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: