KELAS PROTAL PRODUK SARAWAK DAN BENGKEL CHEESE TART
8 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 7 Oktober yang lalu,Pusat Internet Engkilili telah mengadakan kelas keusahawanan. Pusat Internet Engkilili juga telah menjemput Cikgu Kamiza Bt Haji Madelu untuk tenaga pengajar Cheese Tart an juga Aiskrim. Kelas ini telah dihadiri 12 orang peserta.
Pada permulaan kelas, Pengurus Pusat Internet Engkilili telah memberi pendedahan kepada peserta tentang Protal Produk Sarawak. Peserta juga diberi tunjuk ajar bagaimana membuat pendaftaran akaun Protal Produk Sarawak. Kemudian, Cikgu Kamiza telah memberi tunjuk ajar bagaimana membuat doh dan inti Cheese Tart. Selepas itu, Cikgu Kamiza memberi tunjuk ajar membuat dekorasi Cheese Tart supaya kelihatan cantik dan dapat menarik minat pembeli. Di akhir kelas, Cikgu Kamiza mengajar peserta membuat Aiskrim gebu seperti yang dijual di kedai.
Kelas keusahawanan ini berlangsung selama 6 jam iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada 3.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: