Hari Terbuka Dan Ceramah Kebakaran Bersama Komuniti
24 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini
Pusat Internet Engkilili telah mengadakan Hari Terbuka dan Ceramah Kebakaran dan dibantu oleh Pusat Internet Lubok Antu dan Pusat Internet Spaoh. Pusat Internet Engkilili telah menjemput Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I iaitu Tuan Bangga Anak Baie berserta 2 orang lagi anggota Bomba. Turut hadir iaitu 3 orang sukarelawan Bomba. Ketua-ketua masyarakat di sekitar Engkilili dan Skim Skrang juga turut dijemput bagi sama-sama menjayakan program ini. Anggota sukarela Jabatan Kebajikan iaitu Pn. Nancy Anak Rangkong juga turut hadir dalam menjayakan program ini.
Dalam program ini Pengurus Pusat Internet Engkilili iaitu Cik Sylivia Anak Geran telah memberikan ceramah pengenalan tentang Myfreeview yang akan dilaksanakan di seluruh negara mulai 30 September 2019. program Hari Terbuka ini turut mengadakan pertandingan menaip antara ketua-ketua masyarakat. Program utama iaitu Ceramah Kebakaran yang disampaikan oleh Tuan Bangga Anak Baie diadakan selama 3 jam dengan pengisian "Nagang Penusah Hangus Rumah Panjai". Selain ceramah, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman turut mengadakan demonstrasi kebakaran bagi menunjukkan cara-cara memadam api menggunakan Pemadam Api. Program diteruskan dengan pertandingan ICT untuk pelajar sekolah dan belia di Engkilili.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: