Asas Internet Emel Dan Microsoft Office Word
23 April 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 22 April 2019 yang lalu, Pusat Internet Engkilili mengadakan Kelas Asas Internet Emel dan Microsoft Office Word. Kelas ini dihadiri seorang belia iaitu pelajar lepasan SPM 2018. Kelas ini diadakan di Bilik latihan Pusat Internet Engkilili. Pengisian dalam kelas ini adalah Pengenalan Kepada asas internet dan emel. Peserta telah diajar membuat akaun emel menggunakan Gmail.
Disamping itu, peserta juga diajar menggunakan fungsi “Google Apps”. Dalam kelas ini juga, peserta diberi kemahiran menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Office Word. Peserta di minta menaip surat rasmi mengikut format yang betul. Kelas ini telah berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: