Bengkel Protal Sarawak Produk dan Membuat Cincau
22 Julai 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 21 Julai 2019, Pusat Internet Engkilili telah mengadakan Bengkel Protal Sarawak Produk dan Membuat Cincau. Kelas ini dihadiri oleh 6 orang suri rumah di sekitar Engkilili. Bengkel ini telah diadakan di Pusat Internet Engkilili. Dalam kelas ini, peserta telah diperkenalkan dengan Protal Sarawak Produk.
Peserta kemudian diberi tunjuk ajar tentang cara mendaftar ke dalam Protal Sarawak Produk. Bengkel diteruskan dengan proses dan cara pembuatan cincau. Peserta diberi penerangan daripada Cikgu Kamiza Bt Hj Madelu tentang cara menjual dan idea perniagaan menggunakan cincau. Kelas ini diadakan selama 3 jam iaitu bermula dari pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: