E-Learning & Advokasi
28 Januari 2019 | Aktiviti Terkini
Pusat Internet Engkilili telah mengadakan Kelas E-Learning dan Advokasi kepada pengguna yang terdiri daripada pelajar sekolah. Seramai 15 orang pengunjung yang menyertai kelas ini. Dalam kelas ini, pengunjung yang terdiri daripada pelajar SMK Engkilili didedahkan dengan website dan games pendidikan atas talian yang boleh dilayari oleh pelajar.
Kemudian, peserta diminta untuk menjawab kuiz yang berkaitan dengan ICT melalui website “ProPfros”. Di akhir aktiviti, peserta didedahkan dengan tayangan video Klik Dengan Bijak dan Mobile e-waste. Kelas ini berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: