Kelas Kemahiran Teori, Praktikal dan Kelas Membuat Roti
8 Disember 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 7 Disember 2019 yang lalu, Pusat Internet Engkilili telah mengadakan kelas keusahawanan iaitu Kelas Kemahiran Teori, Praktikal dan Kelas membuat roti. Kelas ini dihadiri oleh 9 orang peserta yang terdiri daripada suri rumah, belia dan pelajar sekolah. Kelas ini dikendalikan oleh Cikgu Kamiza Bt Haji Madelu yang bertujuan untuk memberi idea perniagaan bakeri kepada kaum wanita di sekitar Engkilili. Pada awal kelas, peserta didedahkan dengan Protal Sarawak Produk.
Kelas disambung oleh Cikgu Kamiza dengan mengajar peserta bagaimana membuat sukatan yang betul untuk membuat roti atau pau. Peserta juga turut diberi tunjuk ajar membuat reka bentuk pau dan roti. Beliau juga turut mengajar bagaimana meletakan harga roti dan pau yang ingin dijual. Kelas yang bermula pada pukul 9.00 pagi ini berakhir pada pukul 3.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: