Kelas Surat Rasmi & Risalah Perniagaan
29 Januari 2019 | Aktiviti Terkini
Pusat Internet Engkilili telah mengadakan Kelas membuat Surat Rasmi dan Risalah Perniagaan menggunakan Microsoft Office Word 2013. Seramai 6 orang peserta iaitu 5 orang pelajar lepasan SPM dan seorang suri rumah yang mengikuti kelas ini. Pada awal kelas, peserta telah diajar mengenai format surat rasmi mengikut standard yang betul dan juga cara membuat kepala surat.
Peserta juga diajar menggunakan beberapa fungsi yang ada pada Microsoft Office Word bagi memahirkan mereka membuat surat dan juga risalah perniagaan. Cara membuat promosi dan risalah perniagaan juga turut diajar oleh Pengurus Pusat Internet Engkilili. Kelas ini berlangsung selama 6 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: