Kelas Microsoft Office Word
9 Disember 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 8 Disember 2019, Pusat Internet Engkilili telah mengadakan Kelas asas Microsoft Office Word. Kelas ini dihadiri oleh 7 orang pelajar SMK Engkilili yang diadakan di bilik latihan Pusat Internet Engkilili. Dalam kelas ini, pelajar diberi tunjuk ajar bagaimana membuat ‘kepala surat’ dan kemudian peserta didedahkan dengan format dan cara menaip surat rasmi dengan betul.
Peserta juga diberi tunjuk ajar bagaimana menggunakan fungsi-fungsi yang ada pada Microsoft Office Word. Di akhir kelas, peserta diminta untuk membuat surat rasmi sebagai latihan untuk memantapkan kemahiran menaip mereka. Kelas yang bermula pada pukul 9.00 pagi ini berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: