Program MDLA Bersama Komuniti Di PI Engkilili
10 Disember 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 9 Disember 2019, Majlis Daerah Lubok Antu, Engkilili telah mengadakan kerjasama dengan Pusat Internet Engkilili dalam menjayakan Program MDLA bersama komuniti. Program ini telah diadakan di Pusat Internet Engkilili yang dihadiri 23 orang peserta. Program dimulakan dengan pendaftaran peserta dan pengunjung.
Kemudian Ceramah dimulakan oleh Pn. Lentina yang mewakili Majlis Daerah Lubok Antu. Pn. Lentina memberikan ceramah tentang alam sekitar yang bertajuk Pengasingan Sampah dan 3R. Program disambung dengan ceramah Advokasi daripada Pusat Internet Engkilili yang bertajuk Pengurusan Risiko Dalam Talian. Program ini berlangsung selama 3 jam setengah iaitu bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: