Bengkel Pembuatan Sabun Melt, Pour dan Serum Kecantikan
11 November 2019 | Aktiviti Terkini
Pusat Internet Engkilili dan DiaA Handmade telah mengadakan kelas keusahawanan iaitu Bengkel Pembuatan Sabun Melt, Pour dan Serum Kecantikan. Kelas ini telah diadakan pada 10 November 2019 yang bertempat di Pusat Internet Engkilili. Kelas ini dihadiri seramai 9 orang suri rumah di sekitar Engkilili. Pada awal bengkel, peserta diajar cara membuat sabun menggunakan bahan-bahan yang sesuai mengikut jenis kulit.
Pengasas Produk DiA Handmade iaitu Cik Lydia Anak Sidie menunjukkan demonstrasi membuat sabun kepada peserta sebelum peserta membuat sabun buatan sendiri. Setelah membuat sabun, peserta kemudian belajar cara membuat serum kecantikan diikuti dengan krim muka buatan sendiri. Setelah itu, peserta diajar tentang cara meletakkan harga berpatutan pada setiap produk buatan sendiri. Akhir sekali, peserta diajar tentang cara menjual produk buatan sendiri melalui aplikasi Shopee. Kelas ini diadakan selama 8 jam iaitu bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: