Kelas Membuat Surat Rasmi
3 November 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 2 November 2019, Pusat Internet Engkilili telah mengadakan Kelas membuat surat rasmi menggunakan asas Microsoft Office Word. Kelas ini dihadiri oleh 5 orang pelajar dari SMK Engkilili. Kelas ini bertempat di bilik latihan Pusat Internet Engkilili. Dalam kelas ini, pelajar diberi tunjuk ajar bagaimana membuat ‘kepala surat’ dan kemudian peserta didedahkan dengan format dan cara menaip surat rasmi dengan betul.
Peserta juga diberi tunjuk ajar bagaimana menggunakan fungsi-fungsi yang ada pada Microsoft Office Word. Di akhir kelas, peserta diminta untuk membuat surat rasmi sebagai latihan untuk memantapkan kemahiran menaip mereka. Kelas yang bermula pada pukul 1.00 petang ini berakhir pada pukul 4.00 petang
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: