Kelas Keusahawanan Make Up
21 April 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 20 April 2019 yang lalu, Pusat Internet Engkilili telah mengadakan Kelas Keusahawanan Make up. Kelas keusahawanan ini dihadiri oleh 4 orang peserta. Kelas ini diadakan di bilik latihan Pusat Internet Engkilili. Kelas keusahawanan Make up ini diadakan bagi tujuan memberi pengetahuan kepada peserta yang berminat dalam keusahawanan make up.
Peserta diajar tentang cara membangunkan perniagaan dalam bidang kecantikan dan juga diajar asas solekan. Peserta juga turut diajar cara mempromosikan perniagaan melalui media sosial. Kelas ini diadakan selama 5 jam iaitu bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: