KELAS USAHAWAN : CUCKOO DAN STRATEGI PERNIAGAAN
11 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 10 Ogos 2019, Pusat Internet Engkilili dan Usahawan Cuckoo telah mengadakan kelas usahawan yang bertempat di Bilik latihan Pusat Internet Engkilili.
Pada awal kelas peserta telah diperkenalkan dengan Program keusahawanan Cuckoo. Peserta juga didedahkan dengan kebaikan menyertai program usahawan Cuckoo dalam menambah pendapatan. Kemudian kelas diteruskan dengan strategi pemasaran melalui media sosial. Kelas ini berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: