KELAS MICROSOFT OFFICE WORD (RESUME)
5 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 4 Ogos 2019 yang lalu, Pusat Internet Engkilili mengadakan Kelas Microsoft Office Word kepada pengunjung terutamanya pelajar sekolah yang datang ke PI Engkilili. Kelas ini diadakan di Bilik latihan PI Engkilili dan telah dihadiri seramai 6 orang pelajar.
Pada permulaan kelas, peserta diberi pendedahan tentang fungsi dan cara menaip menggunakan Microsoft Office Word. Kemudian peserta diberi penerangan ringkas mengenai format penulisan resume yang betul. Kelas ini berlangsung selama 3 jam iaitu bermula dari pukul 1.30 petang dan berakhir pada pukul 4.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: