Program Pendidikan Komuniti (Covid-19,Rabies Dan Denggi) MDLA
30 Julai 2020 | Aktiviti Terkini
Pada 29 Julai 2020, Pusat Internet Engkilili telah dijemput oleh Majlis Daerah Lubok Antu, Engkilili ke Program Pendidikan Komuniti (COVID-19,Rabies dan Denggi). Program ini telah diadakan di bilik CRC, Perpustakaan Awam Engkilili. Program Pendidikan Komuniti : COVID-19, Rabies dan Denggi merupakan satu program oleh Bahagian Pembangunan Komuniti MDLA untuk mendidik komuniti mengenai norma baharu COVID-19 bagi memutuskan rantaian pandemik ini, serta kesedaran mengenai Rabies dan Denggi. Pihak Majlis Daerah telah menjemput agensi-agensi penting di Engkilili bagi menjadi agen pelaksana dan agen penyebaran mengenai kesedaran pentingnya mengamalkan kehidupan norma baru kepada komuniti di Engkilili.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: