Kelas ICT Individu 2
7 Julai 2020 | Aktiviti Terkini
Pada 6 Julai 2020, Pusat Internet Engkilili telah mengadakan kesinambungan kelas ICT individu yang telah diadakan pada minggu yang lalu. Dalam kelas ini, peserta telah belajar mengenai istilah-istilah asas dalam yang berkaitan dengan Internet. Peserta juga diajar cara untuk mendaftar akaun Gmail dan juga menggunakan fungsi “Google App” seperti Google drive.
Peserta juga turut diajar bagaimana menghantar emel yang betul untuk permohonan jawatan kosong. Dalam kelas ini juga, peserta telah diajar tentang cara menggunakan fungsi-fungsi yang ada pada Power Point. Peserta juga belajar meghasilkan slide yang menarik dan kreatif. Kelas ini berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: