Kelas keusahawanan
19 Julai 2020 | Aktiviti Terkini
Pada 18 Julai 2020, Pusat Internet Engkilili dengan kerjasama Saudara Ngelambai telah mengadakan Kelas keusahawanan mengenai peluang perniagaan bersama Wonderlab. Kelas ini telah dihadiri seramai 9 orang perserta dan diadakan di bilik latihan Pusat Internet Engkilili. Perisian kelas keusahawanan kali ini adalah belajar mengenai jenis-jenis produk yang sesuai pada kulit pelanggan bagi memudahkan proses penjualan.Ianya juga bagi membantu pelanggan untuk mengenal pasti produk penjagaan kulit yang harus dibeli.Peserta juga diajar bagaimana cara membuat posting melalui Facebook Page usahawan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: