Kelas Keusahawanan
3 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini
Pada 2 Oktober 2020, Pusat Internet Engkilili telah mengadakan kelas keusahawanan kepada seorang suri rumah iaitu Puan Lema Entering. Kelas ini bertujuan untuk membantu Puan Lema mempromosikan perniagaan membuang bulu muka dan penjagaan kulit. Dalam kelas ini Puan Lema telah diajar cara membuat akaun emel melalui Gmail. Setelah berjaya membuat akaun Gmail, Puan Lema belajar membuat akaun Facebook dan juga Facebook page. Puan Lema juga telah belajar menggunakan google untuk mencari maklumat mengenai penjagaan kulit.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: