Kelas Membuat Borang Pendaftaran
8 November 2020 | Aktiviti Terkini
Pada 7 November 2020, Pengurus Pusat Internet Komuniti Engkilili telah mengadakan kelas membuat borang pendaftaran secara atas talian melalui Facebook Page PIK Engkilili. Kelas ini telah diadakan menggunakan aplikasi Streamyard. Kelas membuat borang pendaftaran ini bertujuan untuk memberi kemahiran menggunakan Microsoft Office Word kepada pengguna Facebook terutamanya pengikut di Facebook Page PIK Engkilili. Staf PIK Engkilili juga telah menyediakan borang penyertaan melalui google untuk diisi pengguna facebook yang telah mengikuti kelas secara online. Kelas atas talian ini telah dijalankan selama sejam iaitu bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 10.30 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: