Kelas Risalah Kreatif
20 Januari 2020 | Aktiviti Terkini
Pada 19 Januari 2020, Pusat Internet Malaysia Engkilili mengadakan Kelas Risalah Kreatif kepada pelajar sekolah yang datang ke PIM Engkilili. Kelas ini telah dihadiri seramai 5 orang pelajar. Pada awal kelas, Pengurus PIM Engkilili memberikan penerangan tentang asas Microsoft Office Word kepada peserta. Kemudian peserta di minta belajar tentang cara menggunakan setiap fungsi yang ada di Microsofot office Word.
Setelah itu, peserta ditunjukan cara mereka Risalah kreatif menggunakan Microsofot office Word. Aktiviti dan kelas seperti ini dapat memupuk kemahiran dan kreativiti dalam penggunaan ICT dikalangan pelajar sekolah. Kelas ini berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 1.00 petang dan berakhir pada pukul 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: