Program Advokasi Bersama Persatuan SABERKAS
25 Julai 2020 | Aktiviti Terkini
Pada 24 Julai 2020, Pusat Internet dengan kerjasama Persatuan SABERKAS Cawangan Engkilili telah mengadakan Program Advokasi. Program ini dihadiri oleh 10 orang ahli Persatuan SABERKAS. Program ini diadakan untuk memberikan pengetahuan mengenai kempen Klik Dengan Bijak kepada ahli Persatuan SABERKAS. Selepas menyampaikan ceramah mengenai Klik Dengan Bijak, Pusat Internet Engkilili telah membincangkan hala tuju dan kerjasama untuk melakukan aktiviti komuniti bersama dengan Persatuan SABERKAS Cawangan Engkilili. Aktiviti yang telah dibincangkan akan diadakan selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: