Kelas Video Wawancara
20 Julai 2020 | Aktiviti Terkini
Pada 19 Julai 2020, Pusat Internet Engkilili telah mengadakan kelas video bersama 2 orang pelajar IPTA. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta bagaimana cara membuat video dan cara menyunting video. Peserta pada awalnya telah diajar cara menghasilkan skrip dan cara menghasilkan storyboard. Kemudian peserta diajar cara menyunting video menggunakan aplikasi video melalui telefon pintar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: