Kelas Membuat Risalah Perniagaan Dan Istilah Asas Internet
11 April 2021 | Aktiviti Terkini
Pada 10 April 2021, Pusat Internet Komuniti Engkilili telah mengadakan kelas membuat risalah perniagaan dan juga belajar istilah-istilah dalam penggunaan Internet. Kelas ini telah dihadiri oleh 2 orang pelajar lepasan SPM 2020.
Dalam kelas ini, peserta telah diajar membuat Risalah Perniagaan menggunakan Microsoft Office Word. Aktiviti ini dapat membantu peserta untuk lebih mahir dan kreatif dalam menggunakan Microsoft Office Word. Di penghujung kelas, peserta telah diajar mengenai istilah-istilah asas dalam penggunaan Internet. Kelas ini diadakan selama 3 jam iaitu bermula dari pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: